Nama KJ ‘hangat’ berhubung dakwaan berkait Titah Adendum

Iklan
Khairy Jamaluddin

BARU-BARU ini tular rakaman memaparkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan ‘menyembunyikan’ kebenaran di sebalik Titah Adendum.

Tindakan Khairy yang mengeluarkan dakwaan berani itu telah menyebabkan dua pegawai menteri berkenaan membuat laporan polis.

Iklan
Iklan

Laporan itu dibuat kerana ia dilihat berniat jahat, menghina nama baik, mengelirukan rakyat dan menimbulkan perasaan tidak senang serta menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan negara.

Bukan itu sahaja, kenyataan Khairy dalam program audio siar ‘Keluar Sekejap’ turut menggunakan perkataan ‘komplot’ yang mana ia disifatkan keterlaluan kerana membawa maksud terlibat atau dikaitkan dengan perbuatan menyalahi undang-undang atau tidak beretika.

Iklan

Pun begitu, ada juga yang menyelar tindakan pegawai menteri itu membuat laporan polis kerana dianggap perkara dikatakan Khairy bukan satu kesalahan.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau merupakan seorang warganegara bertanggungjawab dan berhak memberikan pendapat mengenai hal tersebut.

Iklan

Tambah Mohd Zaid, tidak perlu terlalu mendabik dada dan memanggil polis terhadap seorang bekas menteri yang telah menunjukkan kekangan luar biasa dalam ulasannya tentang pengendalian menteri terhadap Titah Adendum itu.

Jelasnya, untuk kepentingan awam, konspirasi memerlukan lebih daripada seorang menteri untuk terlibat dalam penyembunyian atau persembunyian secara terang-terangan.

Bagaimanapun, biarlah pihak bertanggungjawab yang menilai dan memutuskan tentang Titah Adendum ini.

Ini kerana jika segala hal berkaitan tidak selesai maka tidak mustahil lebih banyak lagi dakwaan akan muncul.