Air loji dari kumbahan disyaki punca bau busuk di Sungai Skudai
Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan Air berwarna hitam berbau busuk yang mengalir ke Sungai Skudai.
JOHOR BAHRU - Air berwarna hitam berbau busuk yang mengalir ke Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru di sini, disyaki berpunca daripada pelepasan air kumbahan dari Loji Rawatan Kumbahan (STP) berdekatan.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, ia berdasarkan siasatan awal dijalankan oleh pegawai penyiasatnya semalam.
Iklan
Iklan
"Loji tersebut mengalami ‘trip’ (gangguan bekalan kuasa elektrik) dan pelepasan kumbahan mentah mungkin berlaku.
"Walau bagaimanapun, pegawai penyiasat akan meneruskan siasatan hari ini untuk kenal pasti jika ada punca lain," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Sabtu.
Iklan
Semalam penduduk Kampung Sepakat Baru di Skudai meluahkan kebimbangan susulan kewujudan air berwarna hitam, berbuih dan mengeluarkan bau busuk seperti bangkai yang mengalir ke Sungai Skudai berhampiran kampung itu sejak akhir bulan lepas.
Susulan itu penduduk meminta pihak berwajib menjalankan siasatan segera untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dua maut nahas tiga kenderaan: 'Ayah dalam perjalanan jemput ibu berniaga di festival makanan' - Anak"><meta itemprop="description" content="Dua maut nahas tiga kenderaan: 'Ayah dalam perjalanan jemput ibu berniaga di festival makanan' - Anak
Perjalanan pulang selepas menjemput isteri yang berniaga di festival makanan berakhir tragedi apabila seorang sarjan polis maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 52.5 Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), awal pagi Isnin.
Anak mangsa, Amirul Hakim Jorari, 30, berkata, bapanya, Jorari Jusoh, 58, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, dalam perjalanan pulang ke Senggarang, Batu Pahat selepas mengambil ibu tirinya, Yuli Helmiyati Mohd Salleh, 51, yang berniaga di food festival berhampiran Bandar Penawar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804851/edisi/johor/dua-maut-nahas-tiga-kenderaan-ayah-dalam-perjalanan-jemput-ibu-berniaga-di-festival-makanan---anak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Kemalangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-16T08:40:41.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P118S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbx2ole"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbx2ole"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbx2ole"></script>