Anak saya tidak mengatasi undang-undang - Saifuddin Nasution

Iklan
Saifuddin Nasution

SEPANG -"Saya berpegang kita semua tidak kebal undang-undang termasuk anak saya sendiri, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata demikian berikutan dakwaan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anaknya seperti yang tular di laman media sosial.

Iklan
Iklan

Menurut Saifuddin, anaknya tidak mengatasi undang-undang, sekiranya ada laporan terhadapnya pihak polis bertanggungjawab untuk menyiasat dengan telus dan seadilnya.

"Biarlah ia mengikut proses. Sekiranya siasatan itu mendapati ada asas biar proses undang-undang mengambil tempat," katanya ketika ditemui pemberita selepas Sesi Tinjauan Gate Kod QR Myborderpass dan Sistem Smart Q di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini pada Sabtu.

Iklan

Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban.

Media sebelum ini kenyataan Razarudin bahawa polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

Iklan

Menurut Razarudin, kertas siasatan kes ini sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, pada Isnin, selepas laporan polis yang dibuat oleh pengadu pada 1 Januari lalu.

Terdahulu tular dalam laman sosial Telegram kes membabitkan anak seorang menteri, yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungannya sejak tujuh minggu lalu.

Pada masa ini siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.