Potongan capex Petronas diunjur tidak lebih RM10 bilion setahun - Kenanga IB
Iklan
Kenanga IB mengunjurkan sebarang potensi potongan perbelanjaan modal (capex) oleh Petronas susulan perjanjian pengagihan gas dengan Petros di Sarawak, tidak akan melebihi RM10 bilion setahun. - Gambar hiasan
KENANGA Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan sebarang potensi potongan perbelanjaan modal (capex) oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) susulan perjanjian pengagihan gas dengan Petros di Sarawak, tidak akan melebihi RM10 bilion setahun.
Bank pelaburan itu berkata pengurangan itu dilihat sebagai sederhana daripada unjuran capex Petronas sebanyak RM60 bilion setahun.
Iklan
Iklan
"Kami percaya kiraan itu adalah wajar memandangkan Sarawak masih perlu membayar infrastruktur gas asli cecair (LNG) yang dibangunkan oleh Petronas sebelum ini, termasuk tren LNG dan loji pencairan," katanya dalam nota penyelidikannya pada Jumaat.
Selain itu, Kenanga IB berkata atas dasar demi kepentingan bersama Petros dan Petronas, kedua-dua syarikat itu dijangka pada akhirnya akan meningkatkan pelaburan huluan untuk memaksimumkan potensi pendapatan jangka panjang masing-masing.
Iklan
Laporan media baru-baru ini menyatakan rundingan pengagihan gas di Sarawak membabitkan Petronas dan Petros telah selesai dengan kerajaan kini memperhalusi butiran serta implikasi perjanjian itu.
Kenanga IB berkata syarikat minyak nasional serantau juga kekal dalam usaha mengembangkan capex dan selepas perjanjian gas Petros itu dimuktamadkan, Petronas mampu meningkatkan perbelanjaannya menjelang separuh kedua 2025. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping"><meta itemprop="description" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WCE #ZooTaiping #seladangjantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T10:15:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xargksi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xargksi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xargksi"></script>