Majikan gaji, lindung PATI dalam radar imigresen

Iklan
Wan Mohammed Saupee (tengah) dalam sidang akhbar di Pejabat Imigresen Kuala Lumpur pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Majikan yang menggajikan dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) bukan sahaja berdepan dengan tindakan kompaun, malah pertuduhan di mahkamah.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, tahun ini pihaknya akan memberi tumpuan kepada majikan yang menyalahi peraturan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Iklan
Iklan

"Saya menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) tahun ini, selain tindakan kompaun untuk tuduh di mahkamah.

"Mereka (majikan) tidak akan terlepas dengan tindakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Imigresen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, tahun lalu JIM Kuala Lumpur telah menahan 171 majikan membabitkan warga tempatan dan asing dengan jumlah kompaun mencecah RM11 juta.

Katanya, tindakan itu diambil hasil 1,520 operasi yang dilakukan membabitkan tangkapan 3,007 PATI.

Iklan

"Berdasarkan nisbah statistik ini, tiga operasi dilakukan setiap hari. Kita akan menggandakan operasi penguatkuasaan tahun ini untuk mengesan PATI selain telah mengenal pasti lokasi hotspot mereka.

"Orang awam digesa salurkan maklumat dan bersama JIM bagi memastikan Kuala Lumpur bebas dari ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara," katanya.