Kebakaran besar di tahun baharu, 261 hilang tempat tinggal
Iklan
Kebakaran besar yang melanda Skim Perumahan Masyarakat Pelarian (SPMP) Muslim, Jalan Batu Arang di sini pada hari pertama tahun baharu pagi tadi menyebabkan 261 orang daripada 42 keluarga kehilangan tempat tinggal. Foto Ihsan bomba.
LABUAN - Kebakaran besar yang melanda Skim Perumahan Masyarakat Pelarian (SPMP) Muslim, Jalan Batu Arang di sini pada hari pertama tahun baharu pagi tadi menyebabkan 261 orang daripada 42 keluarga kehilangan tempat tinggal.
Kebakaran berlaku kira-kira 10 pagi itu memusnahkan 39 rumah setinggan kayu di penempatan berkenaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Abdul Rahman Ali berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan menerima panggilan kecemasan pada 10.47 pagi dan segera menghantar anggota bomba ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal dalam masa kurang sejam hasil kerjasama pantas dengan bantuan masyarakat dan berkesan mencegah kerosakan lebih teruk.
"Kami berjaya memadamkan api kurang daripada satu jam dan tiada kemalangan jiwa...tindakan pantas anggota bomba kami menyelamatkan ratusan rumah kayu lain di penempatan itu," kata Abdul Rahman kepada pemberita di lokasi.
Beliau berkata, punca kebakaran kini dalam siasatan.
Ini bukan kali pertama bencana sebesar itu melanda komuniti berkenaan kerana pada 2009 kebakaran serupa memusnahkan ratusan rumah di penempatan yang sama, menonjolkan kelemahan struktur kayu kepada bahaya kebakaran.
Pemerhatian Bernama mendapati penduduk, termasuk kanak-kanak dan warga emas, dilihat mengumpul barang-barang mereka dan mencari perlindungan sementara ketika pihak berkuasa menyelaraskan usaha bantuan.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan Mohd Hafiez Mohd Daud yang ditemui di tempat kejadian berkata, pasukan kecemasan bersama agensi-agensi tempatan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sedang menghulurkan bantuan kepada keluarga terkesan.
Beliau berkata, terdapat 334 rumah di penempatan padat penduduk berkenaan yang menempatkan kira-kira 1,700 orang. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>