573 kes penipuan, lebih RM50 juta kerugian di Kuala Terengganu - Polis
Iklan
Azli. Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Polis menerima 573 laporan berhubung kes penipuan melibatkan kerugian lebih RM50 juta di daerah Kuala Terengganu sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisoner Azli Mohd Noor berkata, jumlah itu mencatatkan sedikit penurunan iaitu 1.2 peratus berbanding 580 kes dengan jumlah kerugian melebihi RM100 juta pada tahun lepas.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kes penipuan tertinggi melibatkan pembelian dalam talian atau e-dagang dengan 120 kes, diikuti sindiket penipuan melalui telefon atau phone scam (113 kes) dan pelaburan tidak wujud (94 kes).
"Kes penipuan lain termasuk pinjaman tidak wujud (63 kes), love scam atau parcel scam (14 kes) dan pinjaman wang tidak berlesen (enam kes). Ia juga melibatkan lain-lain jenayah komersil (67 kes) dan lain-lain kes tipu (96 kes)," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Iklan
Sehubungan itu, Azli menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan taktik penipuan yang pelbagai dan licik terutama di media sosial. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>