Calon SPM sedia hadapi banjir gelombang ketiga
Iklan
Noor Hariri (kanan) menunjukkan kit peperiksaan kepada Danish Yusra.
PASIR MAS - Seramai 150 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti di sini tetap bersemangat menghadapi peperiksaan walaupun kemungkinan berdepan banjir gelombang ketiga.
Danish Yusra Che Yusoff, 17, berkata, banjir merupakan cabaran untuk meneruskan peperiksaan penting itu namun dia dan rakan-rakan tetap bersemangat menghadapinya.
Iklan
Iklan
Pelajar kelas Sains itu juga sudah bersedia menghadapi Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dijadualkan pada Selasa.
"Saya berharap cuaca dalam keadaan baik dan kami semua boleh menumpukan perhatian kepada peperiksaan penting ini," katanya selepas menerima kit peperiksaan melalui bantuan khas persekolahan yang disampaikan oleh Pengerusi Rural Capital Berhad, Noor Hariri Mohamed Noor.
Iklan
Hadir sama, Pengetua SMK Meranti, Mohamad Razuki Derahman.
Sementara itu, Nur Alia Balqis Anizam, 17, mengakui mengalami sedikit tekanan kerana bimbang berlaku banjir ketika peperiksaan.
Iklan
Menurutnya, sekolahnya turut ditenggelami banjir akhir November lalu.
Noor Hariri (lima, kiri) bersama pelajar yang menerima kit peperiksaan selepas penyampaian bantuan khas persekolahan.
Seorang lagi calon SPM, Suraya Abdul Wahab, 17, juga bimbang sekolahnya dinaiki air lagi berikutan keadaan teruk baru-baru ini.
Katanya ketika musibah itu, dia bersama rakan-rakan sedang menghadapi ujian lisan SPM.
"Insya-ALLAH tidak ada banjir lagi kerana emosi kami mungkin terganggu jika hujan lebat dan air naik," katanya.
Sementara itu Noor Hariri yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Meranti berkata, seramai 600 calon SPM membabitkan lima sekolah di Parlimen Pasir Mas yang terjejas banjir menerima bantuan berkenaan daripada Yayasan Pelajaran Mara tajaan CelcomDigi.
Jelas beliau nilai keseluruhan ialah RM45,000 yang diharap dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.