Banjir: Air naik mendadak, kereta rosak terpaksa ditolak
Iklan
Tangkap layar air deras yang melintasi jalan ke Masjid Panglima Bayu. Gambar kanan: Air naik secara mendadak menyukarkan pemandu melintasi jalan di Kampung Panglima Bayu pada Ahad.
KOTA BHARU - Beberapa pemandu kereta berdepan kesulitan ketika melalui jalan di simpang tiga Kampung Panglima Bayu yang dinaiki air secara mendadak kira-kira jam 3 petang Ahad.
Jalan utama berhadapan Masjid Panglima Bayu yang menghubungkan Rantau Panjang, Tanah Merah dan Jeli itu dimaklumkan sudah ditutup di bahagian kiri menuju ke Jeli.
Iklan
Iklan
Penduduk Kampung Panglima Bayu, Mohd Izzuddin Abdullah Sidek, 38, berkata, kini pemandu hanya menggunakan satu jalan sahaja untuk kedua-dua arah iaitu Rantau Panjang-Jeli dan Jeli-Rantau Panjang.
"Air dari kawasan Kampung Lawang sudah melimpah sehingga melintasi jalan utama sejauh kira-kira 500 meter manakala penduduk kampung juga sudah berpindah," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Iklan
Mohd Izzuddin memberitahu, kelajuan air agak luar biasa kerana sangat deras dan sebanyak tujuh kereta terpaksa ditolak ke tepi jalan akibat rosak.
"Saya cadangkan supaya kenderaan ringan tidak melintasi kawasan ini berikutan ada penunggang motosikal yang hampir dihanyutkan air tetapi syukur sempat dibantu penduduk setempat," katanya.
Iklan
Sinar Harian pada Ahad melaporkan Tanah Merah menjadi daerah pertama dilanda banjir pada gelombang ketiga Monsun Timur Laut (MTL) di Kelantan.
Susulan itu, empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bermula jam 1.30 tengah hari
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga 5.30 petang, seramai 71 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang, SK Kelewek, SK Gual Jedok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mohamad Yaakob.
Hanya satu laluan di Jalan Kampung Panglima Bayu dibuka untuk kenderaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>