Adam Lee masuk hospital, patah tulang leher

Iklan
Adam Lee mengalami kecederaan pada bahagian leher dan terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital. Tulang leher Adam Lee patah.

PELAKON Adam Lee, 30, atau Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee mengalami kecederaan pada bahagian leher dan terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital.

Adam berkata, susulan kejadian yang menimpa, beliau berharap tahun hadapan akan menjadi lebih baik buat dirinya.