TAPAH - Seramai 26 individu termasuk 18 warga Indonesia ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan kegiatan perjudian laga ayam di sebuah kebun kelapa sawit di Air Kuning di sini pada Rabu.
Serbuan sekitar jam 2 petang itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.