Hatrik Hidalgo bantu Pahang mara separuh akhir Piala Malaysia
Iklan
Hidalgo ledak hatrik di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. Foto Sri Pahang
JUARA empat kali, Sri Pahang mengesahkan kemaraan separuh akhir Piala Malaysia selepas menjinakkan Perak FC dengan agregat, 4-3 untuk berdepan pemenang perlawanan antara Sabah FC menentang Kuching City.
Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad menanti kunjungan Perak asuhan Yusri Che Lah di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada Ahad berbekalkan kemenangan 1-0 hasil tandukan padu Kpah Sherman, 32, dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada 13 Disember lalu.
Iklan
Iklan
Pemain import Pahang dari Argentina, Manuel Hidalgo, 25, menampilkan aura tersendiri apabila meledak hatrik dalam perlawanan tersebut bermula minit kelima, m-30 dan m-48.
Perak yang tidak mengalah menyamakan kedudukan menerusi gol dijelmakan kapten Wan Zack Haikal Wan Nor, 33, pada minit kesembilan diikuti Firdaus Saiyadi, 28, (m-42) sebelum jaringan pemain gantian Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil, 19,, m-54 mengikat kedudukan 3-3.
Iklan
Iklan
Pahang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada edisi 2014 selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT), 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>