Marah dan tunjuk isyarat lucah, penunggang motosikal diburu

Iklan
Suspek merupakan seorang penunggang motosikal dipercayai menunjuk isyarat lucah dan memarahi pemandu kereta dalam satu kejadian di susur masuk Jalan PJS 8/5, Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor. Foto Video tular.

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengesan penunggang motosikal yang bertindak keterlaluan memarahi dan menunjuk isyarat lucah kepada pemandu kereta.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial berhubung kejadian itu yang berdurasi 29 saat pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, video berkenaan memaparkan seorang penunggang motosikal bertindak menunjuk isyarat lucah dan memarahi pemandu kereta semasa berada di susur masuk Jalan PJS 8/5, Sunway Mentari, di sini.

"Satu laporan telah dibuat berkaitan insiden ini oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Iklan

"Mangsa kejadian ini digesa tampil membantu siasatan dan pihak polis sedang giat mengesan serta menangkap pelaku kes," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Shahrulnizam berkata, pihaknya juga sedang dalam siasatan mengesan tarikh kejadian itu berlaku.

Iklan

Menurutnya, mana-mana saksi melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membuat laporan polis.

Jelasnya, orang ramai boleh hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

"Pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya untuk tidak melakukan tindakan yang boleh membahayakan nyawa, merosakkan harta benda atau mengancam keselamatan orang lain," ujarnya.