Warga emas tanam halia selepas selepas gagal dalam projek cili

Iklan
Che Osman bersama isterinya melihat perkembangan terkini projek tanaman halia Bentong yang diusahakan di TKPM Inderapura.

KUANTAN - Seorang warga emas tidak serik untuk berbudi kepada tanah meskipun pernah mengalami kerugian RM100,000 dek kerana projek tanaman cili yang diusahakan musnah beberapa tahun lalu.

Kegagalan itu langsung tidak mematahkan semangat, Che Osman Senik, 57, sebaliknya dia kembali mengusahakan tanaman halia Bentong secara fertigasi sejak Mei tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia memulakan projek penanaman halia Bentong itu dengan mengeluarkan modal sebanyak RM70,000.

"Sebagai permulaan, saya menanam 8,000 pokok halia Bentong di dalam polibeg yang diusahakan di TKPM (Taman Kekal Pengeluaran Makanan) Inderapura.

Iklan

"Jika mengikut jadual, halia ini akan dituai secara berperingkat bermula Oktober depan,” katanya ketika ditemui di TKPM Inderapura hari ini.

Che Osman berkata, bagi memastikan pokok halianya itu sentiasa subur, dia dan isteri, Wan Zalina Wan Awang, 52, akan datang ke TKPM pada setiap hujung minggu.

Iklan

Katanya, dia menjangkakan lebih 40 tan halia Bentong berkualiti tinggi dapat dihasilkan apabila tanamannya mencapai tempoh matang.

"Kebiasaannya halia ini dijual pada harga RM16 sekilogram. Jadi pakcik bercadang untuk menambah sekali ganda bilangan polibeg selepas ini.

"Pakcik mula yakin projek ini mampu memberi pulangan menguntungkan walaupun terpaksa mengeluarkan modal besar di peringkat awal,” katanya.

Che Osman bersama isterinya melihat perkembangan terkini projek tanaman halia Bentong yang diusahakan di TKPM Inderapura.

Che Osman berkata, projek tanamannya itu mendapat Jabatan Pertanian Negeri Pahang dan Pejabat Pertanian Daerah.

Katanya, tanpa sokongan dan bantuan nasihat daripada jabatan terbabit, tanaman yang diusahakan tidak akan berjaya pada seperti hari ini.

"Pakcik bertuah ada bimbingan daripada pakar, jadi segala masalah pakcik boleh merujuk kepada mereka.

"Pakcik cuma berharap agar usaha pakcik ini berjaya," katanya.