KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan Ahli Parlimen Marang itu akan diselesaikan dalam kadar segera.