RANTAU PANJANG - Tindakan berani seorang pemandu bot membawa dua lelaki menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram Pohon Jambu di sini membawa padah apabila ditangkap Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu pada Selasa.
Tindakan tiga lelaki tersebut telah melanggar arahan keluar masuk Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram menyebabkan mereka disiasat bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.