KAJANG - Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang melaksanakan kerja-kerja bagi mempersiapkan jalan dan lebuh raya untuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, antara kerja terbabit ialah pembaikan jalan serta infrastruktur di sepanjang laluan yang akan dilalui kenderaan protokol dan orang kenamaan.