PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) telah diarahkan untuk membuat siasatan serta mengambil tindakan dengan segera berhubung dakwaan jenazah ditahan hampir 24 jam di surau Balai Islam Pekeliling, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan menegaskan, pihaknya mengambil serius berhubung aduan berkenaan.