MUAR - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Kampung Semaseh, Panchor di sini pada tengah hari 10 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, laporan kehilangan Puteri Wafaaumairah Roslan dibuat oleh ibunya di Balai Polis Panchor Rabu lepas.