Sudah diberi masa, penyewa rumah PPR masih gagal jelas tunggakan lebih RM15,000

Iklan
MBS membuka pintu rumah penyewa PPR Paroi yang gagal menjelaskan tunggakan melebihi RM15,000. Foto MBS

SEREMBAN - Meskipun Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah melaksanakan 'aku janji' antara penyewa di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi (PPR Paroi) yang mempunyai tunggakan bayaran sewa rumah melebihi RM15,000, namun masih ada yang gagal menjelaskannya.

Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali berkata, mereka sepatutnya dikehendaki menjelaskan tunggakan tersebut secara ansuran bermula dari Januari tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Namun penyewa masih gagal mematuhi perjanjian tersebut sehingga MBS mengeluarkan Notis Penamatan Perjanjian melalui surat bertarikh 30 November 2024.

MBS memasang notis peringatan kepada penyewa PPR Paroi yang gagal menjelaskan tunggakan. Foto MBS

"Bagaimanapun MBS masih membenarkan penyewa yang mempunyai tunggakan bayaran sewa untuk tinggal di rumah berkenaan buat sementara waktu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Jelasnya, pihaknya juga telah mengambil tindakan membuka semua pintu di rumah terlibat supaya mereka segera menjelaskan tunggakan.

Ujarnya, daripada penyewa-penyewa terlibat, dua daripadanya telah menjelaskan bayaran tunggakan yang berjumlah RM23,560 supaya dapat meneruskan sewaan di PPR berkenaan.

Iklan

"MBS telah mengadakan Operasi Tunggakan Sewa di PPR Paroi pada 12 Disember lalu dan ia dilakukan secara berhemah tanpa melibatkan sebarang insiden dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

"MBS sentiasa memberi peluang dan membantu pelbagai kaedah supaya penyewa yang mempunyai tunggakan menjelaskan bayaran sewa," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan operasi ini secara berkala dari semasa ke semasa dan penyewa di rumah PPR Paroi dan PPRT Lobak diminta menjelaskan bayaran sewaan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan, pertanyaan atau cadangan boleh mengemukakan melalui SISPAA MBS mbseremban.spab.gov.my atau muat turun secara percuma aplikasi Respon Rakyat atau boleh juga hubungi terus talian 06-7654444.