Tebing Sungai Kelantan runtuh
Iklan
Laluan pejalan kaki di tebing Sungai Kelantan yang runtuh dan pokok tumbang pada Isnin.
KOTA BHARU - Tebing Sungai Kelantan sepanjang kira-kira 70 meter di belakang kondominium Pelangi Mall berdekatan kafe JL Fara di Jalan Pasar Lama, di sini, runtuh pada Isnin.
Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari disedari oleh pekerja kafe berkenaan yang mendengar bunyi pokok tumbang.
Iklan
Iklan
Turut runtuh, konkrit laluan pejalan kaki di tebing berkenaan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu melalui peniaga di kawasan berkenaan dan memasang pita garisan kuning bagi melarang orang ramai memasuki kawasan.
Iklan
Mohd Razi (kanan) menunjukkan kesan runtuhan di tebing Sungai Kelantan di Kota Bharu pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.
"Saya sudah arahkan anggota untuk mengawasi lokasi runtuhan.
"Orang ramai dinasihatkan tidak berada di kawasan bagi menggelakkan bahaya,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Iklan
Sementara itu, penduduk kondominum, Lim Jan Ngoh, 79, berkata, amat terkejut melihat runtuhan teruk berkenaan kerana laluan itu menjadi tempat dia berjonging pada setiap pagi.
"Mujur cuaca hujan hari ini saya tidak berjoging di kawasan ini sebelum runtuh.
"Saya tinggal di tingkat 23, paling tinggi di kondominium ini, jadi sangat risau dan takut dengan keadaan runtuhan,” katanya.
Barangan peniaga yang berada berdekatan tebing Sungai Kelantan. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.
Dalam pada itu, seorang peniaga, Mohd Rozi Abdul Rahim berkata, 52, berkata, dia bimbang runtuhan itu akan lebih teruk dan menjejaskan perniagaannya yang terletak berdekatan tempat kejadian.
"Saya baru setahun berniaga di kawasan ini dan laris kerana ramai pengunjung.
"Kebiasaannya lebih ramai datang beriadah di tepi Sungai Kelantan pada waktu petang dan hujung minggu,” katanya.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.