PLSB Sungai Golok wajar dikaji semula - Penduduk
Iklan
Surau Haji Abdullah, Kampung Serongga, Pasir Mas terletak di kawasan paling tinggi dan tidak pernah dinaiki air, namun semenjak pembinaan PLSB Sungai Golok ia ditenggelami banjir sehingga hanya kelihatan bumbung sahaja. Gambar kecil: Anuar dan Ramli
PASIR MAS - Penduduk menyokong tindakan kerajaan negeri menggesa pihak berkaitan supaya mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa, dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Ramli Awang, 68, dari Kampung Serongga di sini berkata, kawasan rumahnya dilanda banjir teruk sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian ratusan ribu ringgit selepas kerja-kerja pembinaan PLSB dijalankan.
Iklan
Iklan
"Sejak saya lahir kawasan ini tidak pernah mengalami banjir teruk selepas pembinaan benteng. Setiap kali musim tengkujuh air sentiasa melimpah tetapi hanya paras 0.2 meter sahaja. Walaupun rumah rendah tetapi tidak pernah melimpah ke dalam.
"Tahun 2022 bermula lah derita kami penduduk di sini apabila banjir telah menenggelamkan keseluruhan rumah sehingga nampak bumbung sahaja," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Iklan
Menurutnya, PLSB yang masih lagi dalam proses itu dipercayai menyekat aliran air daripada beberapa sungai terus mengalir ke Sungai Golok sehingga menyebabkan ia melimpah memasuki kawasan kampung.
Ujarnya, kampung umpama kolam takungan air setiap kali musim tengkujuh dan menyebabkan penduduk mengalami trauma serta kerugian yang besar.
Iklan
Seorang lagi penduduk, Rahim Jusoh, 60, berkata, rumahnya serta Surau Haji Abdullah di sini adalah kawasan paling tinggi di kampung tersebut namun sudah tiga tahun ditenggelami banjir.
Rahim menunjukkan paras air di dalam Surau Haji Abdullah, Kampung Serongga setiap kali banjir semenjak PLSB Sungai Golok dibina.
"Kerugian yang kami tanggung sangat banyak. Bantuan yang diterima tidak dapat menggantikan apa yang telah kami hilang.
"Dalam masa tidak sampai empat tahun semua musnah angkara banjir yang berpunca daripada PLSB. Kami berharap pihak yang terlibat dapat turun padang dan berjumpa dengan penduduk untuk menanyakan pendapat berhubung pembinaan tersebut," katanya.
Bagi Anuar Senik, 62, pula, dia berharap pihak berkenaan dapat mendengar keluhan serta berbincang dengan penduduk apa langkah yang perlu diambil bagi menamatkan perkara ini.
Menurutnya, kajian semula perlu dibuat sebelum meneruskan pembinaan PLSB Sungai Golok itu bagi memastikan banjir buruk tidak berulang lagi.
"Kami ingatkan banjir pada 2022 paling teruk kerana rumah saya hanya nampak bumbung sahaja. Tetapi tahun ini semakin teruk apabila tenggelam terus sehingga saya dan keluarga tidak dapat berbuat apa-apa.
"Selain rumah yang rosak akibat ditenggelami air, penduduk juga perlu berdepan dengan haiwan ternakan yang mati serta tanaman musnah," katanya.
Anuar memberitahu, mereka berharap pihak yang terlibat dapat mendengar rintihan dan penderitaan yang dialami penduduk.
Sinar Harian pada Rabu lalu melaporkan Kerajaan Kelantan menggesa pihak berkaitan supaya mengkaji semula perancangan pelaksanaan PLSB Sungai Golok secara berfasa, dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, langkah ini penting agar kesan buruk kepada rakyat di kawasan projek yang dalam proses pembinaan ini tidak berterusan sepanjang tempoh pelaksanaan.
Beliau berkata, Kerajaan Kelantan mengambil maklum mengenai kebimbangan rakyat, khususnya penduduk di sekitar kawasan lembangan Sungai Golok yang terlibat dengan risiko banjir yang semakin membimbangkan.
Mohd Nassuruddin menegaskan bahawa komitmen untuk memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap perancangan dan pelaksanaan projek berkaitan pengurusan banjir,” katanya.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.