Pemandu Mercedes tular langgar penunggang motosikal ditahan

Iklan
Video tular memaparkan kemalangan penunggang motosikal dan sebuah kereta.

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta Mercedes-Benz GLE450 AMG Coupe yang tular kerana disyaki melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) di sini telah ditahan pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 12.35 tengah hari apabila seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun menunggang motosikal Honda Vario 160 di lorong kiri telah dilanggar kenderaan tersebut.

Iklan
Iklan

"Akibat daripada perlanggaran itu, penunggang motosikal jatuh di jalan raya, manakala lelaki berusia 34 tahun yang memandu kereta itu tidak berhenti dan terus memandu ke arah Wangsa Maju.

Kereta yang dipandu seorang lelaki terbakar di Plaza Tol Wangsa Maju selepas melanggar seorang penunggang motosikal di Lebuhraya SPE.

"Kereta itu kemudian berhenti di Kilometer 18.1 Lebuhraya SPE sebelum Plaza Tol Wangsa Maju kerana mengalami kebakaran bermula dari bahagian bonet hadapan," ujarnya.

Iklan

Beliau berkata, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan di kepala, muka dan perut, manakala pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987," katanya.

Iklan

Mohd Zamzuri berkata, orang ramai dinasihatkan memandu dengan berhati-hati dan berhemah supaya tidak menyebabkan kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.

"Sekiranya terlibat di dalam kemalangan adalah menjadi tanggungjawab kepada pengguna jalan raya untuk membuat laporan polis.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Balai Polis Trafik di talian 03 - 2026 0267/69 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau manamana Balai Polis yang berhampiran," katanya.