Bekas ADUN Mahkota, Muhammad Said meninggal dunia
Iklan
Ucapan takziah daripada PKR Cabang Kluang.
KLUANG - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota bagi penggal 2018-2022, Muhammad Said Jonit meninggal dunia, pada pagi Khamis.
Muhammad Said menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7 pagi di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang di sini.
Iklan
Iklan
MUHAMMAD SAID JONIT
Perkhabaran duka itu dikongsikan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan menerusi pesanan ringkas WhatsApp.
"Jenazah dijangka akan dibawa ke kampung halaman di Simpang Renggam dan akan dikebumikan selepas solat Asar," tulisnya.
Iklan
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), calon Amanah yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammad Said Jonit menang kerusi DUN Mahkota.
Pada Februari 2021, Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim ketika itu dilaporkan mengakui beliau bersama dua lagi Adun Parti Amanah Negara (Amanah) dari Johor, sudah menyertai PKR.
Iklan
Dua lagi Adun berkenaan ialah ADUN Serom, Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit.
Dalam pada itu, berita pemergian Muhammad Said turut dikongsikan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Johor antaranya Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali.
PKR Cabang Simpang Renggam turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Allahyarham merupakan Timbalan Ketua Cabang Keadilan Simpang Renggam, Muhamad Said Jonit dan juga ahli majlis pimpinan keadilan negeri Johor (MPN).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>