Isu pengagihan gas: Abang Johari serah kepada PM umum formula penyelesaian
Iklan
Abang Johari (kanan) merasmikan Persidangan 4th BIMP-EAGA TVET 2024 pada Rabu. - Foto Bernama
KUCHING - Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perincian formula berkaitan penyelesaian isu pengagihan gas akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diumumkan kelak.
"Saya minta PM (Perdana Menteri) yang mengumumkan (perincian formula penyelesaian itu). Tunggu sahajalah," katanya yang merujuk kepada isu pengagihan gas yang melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Iklan
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP-EAGA) Ke-4, di sini pada Rabu.
Semalam, menerusi satu wawancara dengan sebuah stesen television tempatan, Abang Johari dilaporkan berkata, isu pengagihan gas itu sudah boleh dianggap selesai sementara menanti pengumuman sebenar yang akan dibuat Anwar.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, isu pengagihan gas itu hanya melibatkan sudut perundangan yang mana Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang dirujuk Petronas dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 yang dikuatkuasakan oleh Sarawak dapat wujud bersama-sama. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>