Malaysia seru perpaduan, peralihan secara aman di Syria
Iklan
Anwar bergambar bersama wakil badan kerajaan, politik, agama dan masyarakat dari 32 negara sempena Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik: Rusia-Dunia Islam. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap perkembangan terkini di Syria, sambil menekankan kepentingan peralihan kuasa secara aman yang menghormati kepelbagaian masyarakat di negara itu.
Anwar menegaskan bahawa"keganasan perlu ditolak sepenuhnya" dan menyeru perpaduan sebagai asas dalam membina sebuah negara yang damai dan bersatu.
Iklan
Iklan
"Kami sudah tentu sangat mengambil berat tentang perkembangan di Syria dan memantau situasi setiap hari.
"Kami menyeru peralihan kuasa dilaksanakan secara aman, dengan menghormati kepelbagaian komuniti di Syria,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Kumpulan Visi Strategik: Rusia-Dunia Islam di sini, Rabu.
Iklan
Beliau turut menekankan bahawa perpecahan mazhab atau 'sectarian' perlu dielakkan, manakala perpaduan harus menjadi prinsip utama dalam usaha membangunkan semula negara.
"Kita mempunyai tanggungjawab untuk menyokong Syria yang merdeka dan bersatu,” katanya sambil menyeru solidariti antarabangsa dalam menangani krisis itu.
Iklan
Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik: Rusia-Dunia Islam bertemakan 'Russia and the Islamic World: Cooperation in an Emerging Multipolar Era' menghimpunkan lebih 200 tokoh berpengaruh termasuk wakil badan kerajaan, politik, agama dan masyarakat dari 32 negara merangkumi Asia, Afrika, dan Timur Tengah serta organisasi antarabangsa.
Objektif utama mesyuarat itu adalah untuk membincangkan potensi hubungan antara Rusia dan negara-negara Islam dalam konteks landskap antarabangsa yang berubah pantas, dengan tumpuan kepada menetapkan parameter interaksi dalam dunia multipolar yang berkembang. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>