Jepun harap situasi kemanusiaan di Syria bertambah baik

Iklan
Yoshimasa Hayashi

TOKYO - Kerajaan Jepun sedang mengikuti perkembangan di Syria dan berharap situasi kemanusiaan di negara itu akan bertambah baik selepas pemberontak menggulingkan kerajaan Syria, lapor agensi berita Kyodo.

Jurucakap utama kerajaan Yoshimasa Hayashi berkata, Jepun"sangat bimbang" tentang keadaan kemanusiaan yang semakin teruk, menggesa semua pihak terlibat supaya menghentikan keganasan, mematuhi undang-undang antarabangsa dan meredakan ketegangan di rantau Asia Barat.

Iklan
Iklan

"Kami memantau perkembangan di Syria dengan kebimbangan yang mendalam.

Beliau menambah bahawa Jepun akan terus bekerjasama rapat dengan masyarakat antarabangsa untuk membantu menyelesaikan krisis di Syria dan mencapai keamanan serta kestabilan di rantau itu dalam jangka panjang.

Iklan
Iklan

Kenyataan beliau dibuat selepas kumpulan anti-rejim menguasai ibu negara Damsyik pada Ahad dan Presiden Bashar al-Assad melarikan diri ke luar negara, menamatkan pemerintahan keluarga Assad yang menjangkau lebih setengah abad. Syria telah dilanda perang saudara sejak 2011. - Bernama- Kyoto