NEW DELHI - India mengeluarkan nasihat perjalanan agar rakyatnya mengelakkan sebarang perjalanan ke Syria dan meminta warga India yang berada di negara itu untuk meninggalkan Syria secepat mungkin susulan kumpulan penentang bersenjata menawan bandar-bandar utama dalam tempoh seminggu lalu.
"Memandangkan situasi yang sedang berlaku di Syria, warga India dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang perjalanan ke Syria sehingga pemberitahuan lanjut,” menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar India pada Jumaat malam.