KUALA LUMPUR – Pusat beli-belah My TOWN bekerjasama dengan Tadaland sebuah jenama gaya hidup dari Hong Kong yang terkenal dengan watak Myers-Briggs Type Indicator (MBTI).
Pengurus Besar My TOWN, Mohd Azhan Che Mat berkata, bertemakan ‘Shine! Uniquely You, Joyfull Together’ sempena Krismas, pusat beli-belah itu menawarkan pelbagai aktiviti termasuklah ujian personaliti untuk menyesuaikan pengunjung dengan watak Tadaland.
Menurutnya, kerjasama dengan Tadaland yang bermula sejak 29 November lalu bakal berakhir pada 5 Januari 2025 dengan pengunjung boleh mengembara bersama empat watak Tadaland iaitu Dante, Apollo, Taro dan Mellow.
"Menerusi kerjasama ini, ia dilihat mampu merapatkan hubungan keluarga dan rakan selain dapat mewujudkan kebersamaan dan sifat toleransi tanpa mengira bangsa dan agama
"Pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti apabila berkunjung ke My TOWN dalam tempoh itu antaranya bengkel DIY, perarakan salji ajaib dengan pengunjung bertuah dapat bertemu dengan watak Tadaland di kawasan utama pusat beli-belah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Christmas Media Launch and Tenant Appreciation Night di pusat beli-belah MyTOWN di sini pada Khamis.
Jelasnya, acara berkenaan bakal memberikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan interaktif kepada pengunjung sepanjang musim perayaan itu.
Sementara itu, penyewa premis di pusat beli-belah berkenaan turut diberikan penghargaan atas usaha dan pengorbanan mereka kepada pelanggan.
"Ini merupakan salah satu usaha pengurusan My TOWN mengiktiraf jasa usahawan dan pemilik premis yang sentiasa berusaha menjadikan My TOWN pilihan utama orang ramai membeli-belah,” katanya.