JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah disyaki serbuk ekstasi yang dianggarkan bernilai RM131, 687.9 dalam satu operasi di sekitar Setia Tropika, Kempas di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, serbuk ekstasi seberat 1,012.83 gram yang dirampas itu dianggarkan mampu digunakan oleh lebih 500 penagih jika terlepas ke pasaran.