Hanya ingat ditawarkan dana parti, tak tahu wang RM300,000 - Masidi
Iklan
Masidi
KOTA KINABALU - Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mendakwa bahawa beliau tidak ingat mengenai perbualan dalam video yang disiarkan menerusi sebuah portal berita pada Selasa.
Malah beliau turut mendakwa tidak tahu menahu mengenai wang RM300,000 yang kononnya diserahkan melalui pegawai khasnya.
Iklan
Iklan
"Saya merujuk kepada video ‘whistleblower’ yang mengaitkan saya yang telah disiarkan oleh sebuah portal. Sekadar untuk makluman, saya tidak pernah ingat perbualan tersebut kerana rakaman perbualan tersebut telah disunting.
"Yang saya ingat beliau menawarkan untuk menyumbang kepada parti dan saya telah menjawab bahawa tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.
Iklan
"Saya tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang kononnya diserahkan melalui pegawai khas saya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap dakwaan tersebut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi penyiasat.
Iklan
Video tersebut antara empat video yang dikeluarkan pada Selasa di YouTube portal berita tersebut.
Berdasarkan video tersebut menunjukkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan sama ada perihal perlombongan atau pelesenan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>