Dua penjenayah larikan nasi lemak, samun wang tunai ditahan
Iklan
Suspek turut melarikan nasi lemak dan roti sebelum menyamun wang tunai di kedai serbaneka 24 jam di Subang Jaya pada Jumaat.
SUBANG JAYA - Pekerja sebuah kedai serbaneka 24 jam menempuh detik mencemaskan apabila disamun dua individu yang menyamar sebagai pelanggan, Jumaat lalu.
Bagaimanapun tindakan suspek yang memakai topi keledar serta memakai baju hujan itu mengundang padah apabila berjaya diberkas pada hari yang sama.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kedua-dua suspek dipercayai menyamar sebagai pelanggan dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu.
"Bagaimanapun, salah seorang suspek kemudian bertindak mengambil dua nasi lemak dan dua roti sebelum memasukkannya ke dalam beg.
Iklan
"Seorang lagi suspek mendatangi mangsa serta masuk ke ruangan kaunter sebelum memaksa mangsa menyerahkan wang hasil jualan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, mangsa yang dalam ketakutan kemudiannya terpaksa membuka mesin tunai di kaunter berkenaan.
Iklan
"Suspek bertindak mengambil semua wang itu serta beg mangsa yang mengandungi kunci kedai, kunci motosikal dan barangan peribadi sebelum bertindak melarikan diri.
"Selain itu, dua nasi lemak serta dua roti yang diambil sebelum itu turut dilarikan, kerugian dianggarkan kira-kira RM260," katanya.
Menurutnya, siasatan dijalankan kemudiannya berjaya membawa kepada tangkapan dua suspek berkenaan pada Jumaat.
"Serbuan di sebuah rumah sekitar Subang Jaya oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya itu berjaya memberkas dua lelaki tempatan berumur 23 dan 24 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian.
"Operasi dijalankan antara jam 8.45 malam hingga 9.30 malam itu turut merampas pelbagai barangan dipercayai barangan kes," katanya.
Wan Azlan berkata, kedua-dua suspek direman lima hari untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (Akta 574).
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Muhammad Fathurrahman Ampandi di talian 011-29395178," katanya.
Seorang presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu pada Rabu atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dengan memperoleh peruntukan pembinaan sebuah dewan berjumlah RM2 juta.
Makinsos Nawai, 67, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Andi Razalijaya A Dadi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789022/berita/semasa/presiden-ngo-tak-mengaku-salah-dakwa-dewan-rm2-juta-siap-100-peratus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.