12 calon SPM terkandas banjir diselamatkan PDRM
Iklan
Superintenden Mohd Haki Hasbullah
TANAH MERAH - Seramai 12 pelajar terjejas banjir dari Kampung Bendang Baru, Nibong yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Isnin ini dipindahkan ke asrama mereka dengan bantuan pegawai dan anggota polis.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, beliau bersama pegawai dan anggotanya melakukan operasi menyelamat masing-masing enam pelajar lelaki dan perempuan Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Darul Ulum Jedok yang terkandas selepas pulang dari asrama pada Khamis.
Iklan
Iklan
"Kami memindahkan mereka ke asrama sekolah berkenaan hari ini bagi memudahkan mereka melakukan persiapan bagi menghadapi peperiksaan itu," katanya kepada Bernama.
Mohd Haki berkata, beliau bersama pegawai dan anggotanya meredah banjir sejauh tiga kilometer bagi menyelamatkan mereka menggunakan dua bot.
Iklan
Beliau berkata, air banjir melepasi paras dua meter menyebabkan laluan kampung berkenaan hanya boleh dilalui menggunakan bot.
"Selain itu, kami turut menyelamatkan seorang penuntut universiti yang perlu melaporkan diri esok (di kampus), yang terkandas banjir selepas pulang ke kampung pada Sabtu lepas," katanya.
Iklan
Sementara itu, pelajar Norlina Mat Selleh,17, berkata, banjir yang berlaku menyebabkannya hilang tumpuan untuk mengulang kaji pelajaran.
"Apabila pulang ke rumah, sedikit sebanyak kejadian ini (banjir) memberi tekanan kepada saya,” katanya.
Nurul Izzah Mohd Amran, 17, pula melahirkan rasa syukur kerana penduduk kampung dan pihak polis membantu memudahkan urusannya untuk pulang ke asrama bagi menduduki SPM. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>