27 pos PGA, 10 balai polis dinaiki air lebih satu meter di Kelantan
Iklan
Mohd Yusoff (kanan) mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed semasa lawatan ke Balai Polis Repek, Pasir Mas pada Sabtu.
PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Kesemua 27 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di sepanjang Sungai Golok bermula dari Tumpat hingga ke Rantau Panjang ditenggelami banjir lebih satu meter pada Sabtu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, walaupun pos PGA ditenggelami banjir, kawalan sempadan tetap dilakukan menggunakan bot bagi memastikan keselamatan berada pada tahap terbaik.
Iklan
Iklan
"Kami ingin menegaskan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini tetap ketat.
"Walaupun pos ditenggelami air dan ada anggota bertugas berlindung di PPS (pusat pemindahan sementara), namun penugasan tetap diutamakan," katanya semasa sidang akhbar di Balai Polis Repek di sini pada Sabtu.
Iklan
Menurut beliau, selain itu 10 balai polis di Kelantan juga terpaksa ditutup selepas ditenggelami banjir.
Ujarnya, ia melibatkan enam balai polis di Pasir Mas, Kota Bharu (2) dan Tumpat (2).
Iklan
Mohd Yusoff memberitahu, walaupun ditenggelami banjir, anggota tetap menjalankan tugas pencegahan jenayah bagi memastikan penempatan mangsa banjir selamat.
"Kami membuat rondaan berkala ke kediaman penduduk yang berpindah bagi memastikan harta benda mereka selamat," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>