Banjir: Tujuh LRA Kedah dihenti tugas
Iklan
LRA Lubuk Merbau terpaksa dihenti tugas berikutan peningkatan paras sungai ke tahap kritikal di muka sauk pada Jumaat. Foto Sada
ALOR SETAR - Tujuh Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah terpaksa dihenti tugas berikutan peningkatan paras sungai ke tahap kritikal di muka sauk pada Jumaat.
Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) dalam satu kenyataan berkata, kejadian ini berpunca daripada hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu yang menyebabkan banjir di beberapa daerah di negeri ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, henti tugas ini menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual di sebahagian kawasan daerah Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, dan Baling.
"Antara LRA yang terkesan setakat jam 7 petang hari ini adalah LRA Lubuk Merbau, LRA Jeniang Baru, LRA Jeniang Lama, LRA Jeneri, LRA Nami, LRA Teloi Kanan, dan LRA Sungai Limau, Baling.
Iklan
"Walau bagaimanapun, LRA-LRA utama di negeri Kedah seperti LRA Pelubang, LRA Bukit Pinang, dan LRA Sungai Petani/Pinang Tunggal masih beroperasi pada tahap optimum ketika ini," katanya pada Jumaat.
Jelas Sada, mereka telah menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti Pusat Pemindahan Sementara (PPS), hospital, klinik, pusat dialisis, dan upacara pengebumian.
Iklan
Menurutnya, bantuan bekalan air alternatif melalui tiga lokasi Pusat Agihan Bantuan (PAB) turut diaktifkan iaitu di Masjid Muhammad Kampung Pulau Tengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungqi Tiang di daerah Pendang, dan Masjid Felda Lubuk Merbau di daerah Padang Terap.
"Para pengguna di kawasan-kawasan lain dinasihatkan agar membuat persediaan awal dengan membuat takungan bekalan air bagi kegunaan selama dua hari dan menggunakannya secara berhemah.
"Maklumat berkenaan gangguan bekalan air ini akan dimaklumkan dari masa ke masa menerusi platform media sosial dan laman sesawang rasmi SADA di www.sada.com.my atau hubungi i-SADA di talian 1300-88-0017," ujarnya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.