Banjir: 18 sekolah di Terengganu ditutup
Iklan
Keadaan banjir sekitar Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan berikutan hujan lebat ketika tinjauan di Kuala Berang hari ini. Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Sebanyak 18 sekolah di empat daerah di Terengganu ditutup akibat banjir teruk yang bermula semalam.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong berkata, ia membabitkan lima sekolah di daerah Kemaman; Dungun (empat buah); Setiu (tiga buah) dan Hulu Terengganu (enam buah).
Iklan
Iklan
Beliau berkata, sekolah terlibat di Kemaman ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kubu; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Puteh; SK Pasir Gajah; SK Seberang Tayor; dan SK RKT Seberang Tayor.
"Di Hulu Terengganu sekolah ditutup adalah SK Lubok Periok; SK Padang Setar; SK Tengkawang; SK Padang Setebu; SK Tengku Ampuan Intan; dan SK Kuala Ping.
Iklan
"Selain itu, di Dungun sekolah ditutup ialah SK Pasir Raja; SK Jongok Batu; SK Minda Talong; dan SK Kuala Jengal manakala di Setiu melibatkan SK Sungai Las; SK Sungai Tong; dan SK Kampung Bukit Ulu Nerus," katanya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, beliau berkata, semua sekolah terbabit diberi cuti peristiwa dan tiada sebarang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam tempoh tersebut termasuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Iklan
Katanya, pihak sekolah yang terjejas banjir diberi kebenaran untuk mengambil cuti peristiwa tetapi perlu memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk tujuan rekod.
Sementara itu, Jelani berkata, sebanyak 41 sekolah di enam daerah telah dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menampung mangsa banjir.
Menurut beliau, ia melibatkan 18 sekolah di daerah Besut; Dungun (tiga buah); Hulu Terengganu (lima buah); Kemaman (empat buah); Setiu (lapan buah) dan Marang (tiga buah). - Bernama
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.