UPNP serbu aktiviti teroka tanah haram di Bentong
Iklan
UPNP menyerbu satu kawasan yang menjalankan aktiviti penerokaan tanah secara haram di atas tanah kerajaan negeri di Sungai Perdak, Bentong pada Rabu.Foto ihsan FB Wan Rosdy
KUANTAN - Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) menyerbu satu kawasan yang menjalankan aktiviti pembukaan tanah secara haram di atas tanah kerajaan negeri di Sungai Perdak dekat Mukim Sabai di Bentong pada Rabu.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dianggarkan kira-kira 404 hektar tanah kerajaan yang terletak di kawasan tersorok antara Hutan Simpan Kekal Lentang Tambahan bersempadanan dengan Negeri Sembilan telah diceroboh.
Iklan
Iklan
Menurutnya, hasil siasatan mendapati kawasan tersebut telah ditanam dengan pokok durian.
"Kerajaan negeri memandang serius aktiviti pencerobohan tanah secara haram milik Pahang dan sebagai langkah tegas, saya telah mengarahkan UPNP untuk mengambil tindakan penguatkuasaan.
Iklan
"UPNP telah melakukan serbuan ke kawasan terbabit hari ini dan menyita rumah pekerja serta peralatan yang ditemui.
"Malah, saya juga mengarahkan agar pokok durian yang ditanam di atas tanah kerajaan dimusnahkan bagi memastikan aktiviti pencerobohan tidak terus berlaku," katanya.
Iklan
Wan Rosdy berkata, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan di bawah Seksyen 426A(1)(c) Kanun Tanah Negara (Akta 828).
Jelas beliau, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang tanah dan mencemarkan integriti sumber alam negeri tersebut.
Tambah Wan Rosdy, aktiviti pencerobohan seperti itu bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga boleh memberikan impak buruk kepada alam sekitar dan komuniti setempat.
"Saya ingin menegaskan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penerokaan tanah secara haram akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.
"Kerajaan negeri akan memastikan semua tanah milik kerajaan dipelihara demi kepentingan rakyat dan kelestarian alam sekitar," katanya.
Dalam pada itu, beliau memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti penerokaan haram.
"Sama-sama kita memastikan Pahang terus terpelihara dan bebas daripada aktiviti pencerobohan yang tidak bertanggungjawab," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nahas empat maut: Kiriman swafoto makan nasi Arab jadi kenangan terakhir keluarga"><meta itemprop="description" content="Kiriman sekeping swafoto ketika menikmati hidangan nasi Arab di sebuah restoran di Kuala Lumpur menjadi kenangan terakhir empat beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap treler dalam nahas di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Bentong pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan A Halim Hasoon, 55, isterinya Rozita Buang, 58, anak perempuan mereka Norbahyah A Halim, 26, serta cucu perempuan, Nayla Afya Aizat, 1.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783884/edisi/pahang/nahas-empat-maut-kiriman-swafoto-makan-nasi-arab-jadi-kenangan-terakhir-keluarga
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #Temerloh #nahas #Treler"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-15T08:14:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/bdmjA1gBxHXbr7V9p/x120"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xafsdoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xafsdoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xafsdoq"></script>