GISBH: Sabah selaraskan dengan negeri lain program pemulihan
Iklan
Mohd Arifin ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) di Wisma Bandaraya pada Selasa.
KOTA KINABALU - Usaha untuk memulihkan akidah ahli GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Penyelarasan Hal Ehwal Islam (JaPHEIS) untuk diselaraskan dengan negeri lain.
Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, JaPHEIS yang diwujudkan adalah sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk membincangkan isu berhubung akidah, syariah dan hal halal di negeri ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dalam JaPHEIS terdapat pelbagai agensi di bawahnya termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan lain-lain.
"Untuk perkara ini, kita akan bincang dalam JaPHEIS iaitu jawatankuasa hal ehwal yang melibatkan pelbagai agensi.
Iklan
"Kita akan bincang apa tindakan seterusnya dan mungkin kita akan selaraskan dengan rakan-rakan (negeri) di Semenanjung," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) di Wisma Bandaraya, di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan tindakan yang diambil terhadap ahli GISBH termasuk dari segi siasatan mengenai kegiatan kumpulan tersebut.
Iklan
Sebelum itu, Mohd Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, perkara itu telah diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.
"Pihak PDRM sedang melaksanakan (tindakan). Kemudian saya akan minta juga kepada JHEAINS di bawah bahagian penguatkuasaan dan saya akan maklumkan selepas ini.
"Namun kita sudah keluarkan fatwa (haramkan) berkenan dan kita akan wartakan," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan GISBH merupakan ajaran sesat yang ke-17 diharamkan di Sabah selepas Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman ahli jemaahnya bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.