Lelaki hilang ketika menjala ditemui terapung di sungai
Iklan
Penduduk kampung dan pasukan bomba membawa mayat mangsa keluar selepas ditemui terapung di sungai Kampung Kampung Lebak Moyoh Kupang, Kota Belud.
KOTA BELUD - Seorang lelaki dilaporkan hilang ketika menjala ikan di sungai di Kampung Lebak Moyoh Kupang di sini, sejak Ahad lalu ditemukan meninggal dunia tengah malam Selasa.
Mayat Noordin Punjuh, 51, ditemukan terapung penduduk kampung pada jam 12.56 tengah malam, kira-kira 200 meter dari mangsa dilaporkan hilang.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.28 pagi Isnin.
"Menurut pemanggil, mangsa keluar dari rumah pada jam 11 pagi Ahad untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan sungai dan keluarga menyedari mangsa tidak balik ke rumah.
Iklan
"Sekitar jam 10 malam, adik mangsa telah ke sungai tersebut untuk mencarinya tetapi hanya menemui jala, beg pinggang, telefon, selipar dan baldi di tepi sungai," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Mayat mangsa ditemukan terapung penduduk kira-kira 200 meter dari mangsa dilaporkan hilang.
Susulan itu, katanya penduduk kampung turut membantu membuat pencarian awal dan seramai 14 anggota dikejar ke lokasi untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
Iklan
"Pada awalnya pencarian gagal dan operasi ditangguhkan pada petang Isnin.
"Bagaimanapun, pihak kami menerima laporan bahawa mangsa berjaya ditemui terapung dan disahkan meninggal dunia.
"Pasukan kami membawa keluar mangsa dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>