Roboh pangkalan haram, pelajar guna ICQS Rantau Panjang
Iklan
ICQS Rantau Panjang perlu menjadi laluan utama pelajar di sempadan sepanjang Sungai Golok. Gambar kecil: Saifulnizam, Syahiran, dan Saiful Anuar
KOTA BHARU - Perobohan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok antara usaha yang dilihat dapat menggalakkan pelajar melintasi sempadan melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang bagi memastikan keselamatan maksimum apabila kerajaan menguatkuasakan undang-undang dengan menahan mereka yang melalui pangkalan haram.
Koordinator Pertubuhan Pemikir Azam Kelantan (Azam), Saifulnizam Muhamad; Presiden Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK), Mohd Syahiran Muhammad dan Yang Dipertua Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Kelantan, Saiful Anuar Abd Hadi melalui kenyataan bersama mencadangkan Kerajaan Negeri Kelantan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunakan kuasa untuk bertindak di kawasan seliaan mereka.
Iklan
Iklan
"Pemantauan kami mendapati pelajar di Rantau Panjang yang menetap di Sungai Golok memilih untuk memasuki Malaysia melalui pangkalan haram seawal jam 5.30 pagi," kata kenyataan itu.
Mereka turut berpendapat agensi berkaitan perlu mengeluarkan Pas Sempadan Khas untuk pelajar bagi menjamin keselamatan mereka.
Iklan
"Kita yakin kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Negeri Kelantan dapat membantu menyelesaikan masalah kesukaran pelajar Malaysia merentas Sungai Golok melalui pangkalan haram," kata kenyataan itu.
Selain itu kata mereka, kerajaan negeri juga boleh menaik taraf fasiliti di Rantau Panjang seperti perkhidmatan bas dengan lebih awal supaya dapat menggunakannya untuk ke sekolah yang berdekatan.
Iklan
Setakat ini, jelas berkenaan, sekolah yang paling hampir ialah Maahad Muhammadi Rantau Panjang dengan jarak 2.6 kilometer dari sempadan Sungai Golok.
"Walaupun mereka menetap di Sungai Golok, peluang meneruskan pendidikan perlu dikekalkan kerana ada pelajar yang mempunyai kerakyatan Malaysia.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.