Dibelasah angkara cinta monyet!
Iklan
Tangkap layar yang memaparkan seorang pelajar dipukul dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah Pasir Mas pada Ahad lalu. (Gambar kecil:Abdullah Mat Piah)
KOTA BHARU - Angkara cinta tiga segi merebut seorang teman wanita berusia 15 tahun, seorang pelajar lelaki cedera dipukul oleh 12 pelajar lain dalam kejadian di sebuah sekolah di Pasir Mas Ahad lalu.
Kejadian berlaku pada jam 6 petang membabitkan pelajar lelaki Tingkatan Dua dan Tiga di sekolah berkenaan dan seorang lagi pelajar lelaki dari sekolah lain.
Iklan
Iklan
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, kejadian berlaku ketika kumpulan pelajar itu berada di sekolah untuk menjalani aktiviti sukan.
Katanya, mangsa yang berusia 15 tahun didatangi seorang pelajar lelaki yang sama usia sebelum dipukul di muka serta kepala ketika berada di dalam sebuah kelas.
Iklan
"Pelajar tersebut memukul dengan menggunakan tangan dan menyepak mangsa beberapa kali sambil disaksikan sekumpulan pelajar lain yang merakam aksi pergaduhan itu serta bersorak.
"Mangsa cuba menyelamatkan diri dengan keluar dari kelas tersebut namun dipukul pula secara beramai-ramai juga dengan menggunakan kaki dan tangan oleh rakan-rakan pelajar lelaki itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Iklan
Beliau berkata, akibat kejadian itu mangsa lebam di muka dan beberapa bahagian anggota badan.
"Berdasarkan siasatan awal pergaduhan dipercayai berpunca daripada perebutan cinta seorang remaja perempuan sebaya di sekolah sama.
"Selepas dinasihati pihak sekolah dan ibu bapanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas petang ini,” katanya.
Katanya, polis akan menahan 12 pelajar terbabit untuk diambil keterangan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar,” katanya.
Dalam pada itu, rakaman video berdurasi 54 saat memaparkan seorang pelajar berpakaian sukan dipukul bertalu-talu oleh seorang lagi pelajar lelaki sambil kumpulan pelajar lain bersorak.
Kejadian disaksikan sekumpulan pelajar lain dan turut dirakam sebelum tular di aplikasi WhatsApp.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.