IMPIAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters China di Shenzhen tidak kesampaian.
Pasangan negara yang menghuni ranking kelima dunia terpaksa akur hajat mereka disekat oleh He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam saingan suku akhir selepas bertarung dalam tiga set permainan pada kejohanan berstatus Super 750 itu.