Orang Asli bina bangsal atas bukit persiapan hadapi banjir
Iklan
Penduduk Orang Asli Hasan Atin, 53, berehat sebentar selepas menyiapkan bangsal untuk tempat tinggal sementara keluarganya bagi menghadapi banjir ketika ditemui di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang. Foto Bernama
GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di sini membina rumah bangsal di kawasan bukit berhampiran untuk dijadikan tempat perlindungan sementara sekiranya kediaman mereka dilanda banjir.
Penghulu RPS Kuala Betis Blok A, Rodzi Asod berkata, 60 rumah bangsal berkenaan telah dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar daripada kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Iklan
Iklan
Rodzi sibuk menyiapkan bangsal untuk tempat tinggal sementara keluarganya. Foto Bernama
Beliau berkata, mereka masuk ke hutan sebelum musim tengkujuh lagi bagi mencari buluh, rotan dan kayu bulat untuk dijadikan tiang dan asas rumah bangsal.
"Terdapat 320 keluarga terlibat dengan setiap keluarga mengeluarkan belanja bagi membeli kanvas untuk dijadikan bumbung," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Seladak, RPS Kuala Betis Blok A pada Jumaat.
Iklan
Sebahagian penduduk Orang Asli giat menyiapkan bangsal untuk tempat tinggal sementara bagi menghadapi banjir. Foto Bernama
Sementara itu penduduk Kampung Jias, A Hasan Atin, 53, berkata, dia bersama tiga anaknya membina rumah bangsal kira-kira 500 meter dari kediaman mereka yang mengambil masa sehingga tujuh hari untuk disiapkan.
"Saya menggunakan 50 batang buluh dan tiga helai kanvas bagi rumah bangsal ini yang boleh memuatkan 15 ahli keluarga dengan setiap kanvas dibeli RM120 sehelai,” katanya dan memaklumkan rumah bangsal ini hanya sesuai untuk kegunaan sementara bagi tempoh kira-kira dua bulan. - Bernama
Iklan
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.