LOS ANGELES - Sebuah gitar yang dibeli oleh ahli kumpulan The Beatles, George Harrison pada harga kira-kira GBP58 telah dijual dalam satu lelongan pada harga lebih GBP1 juta (AS$1.27 juta), lapor agensi berita PA Media.
Gitar elektrik jenis Futurama itu dibeli oleh gitaris kumpulan berkenaan pada 1959 ketika dia menjadi pelatih juruelektrik semasa berusia 16 tahun.