Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada kakitangan awam Kelantan
Iklan
Bantuan khas kepada penjawat awam Kelantan sebanyak RM500 seorang.
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 seorang kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak negeri itu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pemberian tersebut akan disalurkan pada Februari tahun depan dengan implikasi kewangan sebanyak RM4.97 juta.
Iklan
Iklan
"Bantuan ini sebagai menghargai jasa dan bakti pegawai serta kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti dalam membangunkan negeri.
"Sukacita saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 seorang kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak selain akan dipanjangkan juga kepada lantikan-lantikan politik dengan jumlahnya akan ditentukan oleh pihak kerajaan negeri,” katanya.
Elaun kepada penarik beca dinaikkan kepada RM500.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Kelantan 2025 pada Persidangan kali ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Khamis.
"Elaun-elaun diberikan kepada 17 penarik beca yang berdaftar dengan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.
Iklan
"Kenaikan elaun ini bagi memastikan beca yang juga merupakan pengangkutan tradisional dan ikon pelancongan negeri Kelantan tidak terpinggir,” katanya.
Mohd Nassuruddin (kanan) ketika membentangkan Belanjawan Kelantan 2025 pada Khamis.
Sementara itu, beliau memberitahu pihaknya turut adil dan prihatin terhadap kebajikan rakyat dengan memberikan diskaun sebanyak 90 peratus ke atas tunggakan denda cukai tanah kepada seluruh rakyat negeri Kelantan.
"Tempoh tawaran diskaun ini akan dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan bagi tempoh sebulan bermula 1 Disember hingga 30 Disember ini.
"Diskaun tertakluk kepada kaedah bayaran sebagaimana Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2024,” ujarnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.