KUALA TERENGGANU - Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,581 orang malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan di daerah Kemaman yang paling terjejas, sebanyak 2,566 mangsa daripada 641 keluarga masih berlindung di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Balairaya Meraga Beris, Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik, Darul Iman Training Centre (DITC), Balairaya Beris Nenas dan Balairaya Padang Kemunting.