'Ayah gemar makan ikan sungai, pertama kali tahan pukat musim banjir ini'
Iklan
Zamani menunjukkan gambar bapanya kwtika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu, pada petang Rabu.
HULU TERENGGANU - Warga emas yang ditemukan meninggal dunia berdekatan kilang sawit di Jerangau Barat, Ajil di sini pertama kali keluar untuk menahan pukat di sungai pada musim tengkujuh kali ini.
Anak sulung mangsa, Zamani Chik, 55, berkata, arwah bapanya, Chik Mamat, 76, turun dari rumah sekitar jam 7 pagi pada Rabu menuju ke kawasan sungai untuk memeriksa pukat yang ditahan pada malam Selasa.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sudah menjadi rutin setiap kali musim tengkujuh, bapanya itu akan turun ke sungai menangkap ikan untuk dijadikan santapan seisi keluarga.
"Ayah saya memang minat menangkap ikan. Setiap kali tiba musim tengkujuh dia akan tahan dulu pukat dan keesokan harinya akan kembali semula untuk memeriksa hasil tangkapan.
Iklan
"Saya dapat tahu kejadian ini daripada penduduk kampung yang jumpa mayat ayah, kebetulan pula ada yang mahu tahan pukat di lokasi yang sama," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini pada petang Rabu.
Waris Allahyarham Chik menunggu proses bedah siasat di pekarangan Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu.
Anak sulung dari sembilan beradik itu berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ditemukan meninggal dunia.
Iklan
"Seingat saya, sebelum turun menahan pukat, arwah seperti biasa tidak menunjukkan sebarang perubahan.
"Sehinggalah dia dijumpai penduduk kampung di lokasi kejadian yang terletak sejauh lima kilometer (km) dari rumah di Felda Jerangau Barat, di sini.
"Mungkin juga waktu memeriksa pukat itu, arwah ayah mengalami kekejangan atau tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai," ujarnya.
Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Zakhiri Yusof,40, berkata, dia merupakan antara individu awal menarik mayat mangsa sebaik dijumpai terapung di sungai berkenaan.
"Waktu sampai di situ sekitar jam 8.45 pagi ada rakan beritahu ternampak seperti mayat terapung kira-kira 50 meter dari kawasan daratan.
"Selepas menelefon seorang lagi rakan, barulah saya tahu bapanya ada turun memukat di sungai tersebut pagi tadi.
"Saya serta beberapa penduduk kampung lain mengambil masa kira-kira setengah jam untuk bawa ke daratan," katanya.
Allahyarham Chik meninggalkan isteri, Ramlah Mohamad, 70; 13 orang cucu dan dua cicit.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>