Isu pelanggaran sempadan maritim harus dibahas di DUN Sabah - Shafie Apdal
Iklan
Mohd Shafie ketika menghadiri sidang DUN Sabah.
KOTA KINABALU - Isu Filipina melanggar sempadan maritim Sabah menerusi akta baharu negara tersebut harus dibahaskan bukan saja di Parlimen tetapi dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Ketua pembangkang Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu harus diperhalusi supaya dapat diperjelaskan keadaannya yang dibimbangi boleh menjejaskan keselamatan Sabah.
Iklan
Iklan
"Ini yang saya nyatakan bahawa perkara ini harus dihalusi, sama ada supaya dibahaskan bukan hanya di peringkat Parlimen yang saya ada bangkit bahkan di peringkat negeri (DUN Sabah).
"Tanggungjawab mereka untuk perjelaskan keadaan ini boleh menjejaskan keselamatan, jadi kesannya cukup besar kemungkinan kepada rakyat," katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Isnin.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai akta maritim Filipina yang dibimbangi memberi kesan kepada keselamatan di Sabah.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang berkata, perkara itu turut menjadi kebimbangan rakyat di negeri ini termasuk di kawasannya di Semporna.
Iklan
"Bayangkan kita di Semporna bila mereka menuntut bahawa ini merupakan wilayah (mereka), sampai kawasan saya kena lanun setiap tahun.
"Bukan hanya lanun, malah nyawa manusia terkorban. Jadi ini kebimbangan kita," katanya.
Khamis lalu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mendedahkan bahawa Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>