AUEGCAS harap kerajaan tidak anaktirikan mereka
Iklan
Asman (tengah) bersama Ahli Majlis Tertinggi AUEGCAS Kebangsaan 2024 di sebuah hotel di Ayer Keroh pada Ahad.
MELAKA - Kerajaan diminta tidak menganaktirikan kumpulan pembantu tadbir di negara ini dan perlu segera melaksanakan penstrukturan semula skim perjawatan itu.
Pengerusi Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), Asman Mohd Nawawi berkata, sudah lebih 20 tahun persatuan itu memperjuangkan perubahan skim berkenaan yang mana skim sekarang agak keciciran termasuk syarat lantikan masih menggunakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Iklan
Iklan
Menurutnya, cadangan penstrukturan semula gred ini telah beberapa kali dimaklumkan melalui beberapa kenyataan media sebelum ini, namun pihak berkaitan mendakwa proses itu akan melibatkan implikasi kewangan.
Sebahagian pembantu tadbir yang menyertai program Pengerak Kempimpinan Kesatuan AUEGCAS dan Retreat Ahli Majlis Tertinggi Gabongan AUEGCAS di sebuah hotel di Ayer Keroh pada Ahad.
Jelasnya, dengan adanya ubah syarat lantikan bagi skim perkhidmatan pembantu tadbir dan penolong pegawai tadbir sudah pasti ia akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain tidak berlaku pertindihan skop pekerjaan.
Iklan
"Di pejabat untuk menjalankan sesuatu tugas mengambil masa tujuh lapisan, jadi lapisan ketujuh baru berjalan kerja di peringkat pejabat.
"Namun jika dilakukan ubah syarat lantikan itu, ia akan menjimatkan masa dari tujuh lapisan kepada tiga lapisan sahaja, secara tidak langsung perkhidmatan yang diberikan lebih berkualiti terutama perkhidmatan kerani di hadapan kaunter-kaunter agensi kerajaan," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian selepas program Pengerak Kempimpinan Kesatuan AUEGCAS dan Retreat Ahli Majlis Tertinggi Gabongan AUEGCAS Kebangsaan 2024 di sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Asman berkata pihaknya memberi jaminan penstrukturan semula skim ini tidak akan melibatkan beban kewangan yang tinggi malah dijangka memberikan penjimatan sebanyak lapan hingga sembilan peratus kepada kos kerajaan berbanding sekarang.
Ujarnya, perubahan skim ini juga bukanlah sukar atau mustahil untuk dilaksanakan, memandangkan sebelum ini pernah diwujudkan jawatan pegawai tadbir am dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).
"Namun sekarang tiada lagi pegawai tadbir am dan yang ada hanyalah PTD, dengan ini ia akan menjimatkan kos kerajaan apabila ada gabungan itu.
"Kini tiba masanya skim perkhidmatan kami itu diubah dan ia tidak membabitkan implikasi kewangan sebagaimana dimomok-momokkan sebelum ini," katanya.
Tambahnya, merancang untuk mengadakan sesi libat urus bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menzahirkan rasa terkilan itu dan membawa cadangan penstrukturan semula skim kepada beliau.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.