MBPP arah dua premis makanan ditutup serta-merta
Iklan
Premis makanan di sekitar Daerah Barat Daya di sini, ditutup serta-merta susulan penemuan najis tikus selain lantai dapur didapati kotor. Foto Facebook MBPP
GEORGE TOWN - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan dua premis makanan di sekitar Daerah Barat Daya di sini ditutup serta-merta susulan penemuan najis tikus selain lantai dapur didapati kotor.
MBPP dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua premis itu diberikan notis penutupan selama 14 hari oleh Jabatan Pelesenan yang menjalankan operasi pemeriksaan kebersihan dan pemantauan lesen ke atas premis perniagaan runcit dan makanan hari ini.
Iklan
Iklan
"Dalam operasi melibatkan 12 pegawai dari Jabatan Pelesenan, tujuh premis telah diperiksa dan dua daripadanya diarahkan tutup selama 14 hari berkuat kuasa serta-merta ekoran penemuan urungan tikus (najis tikus), markah rendah dan aspek lantai dapur tidak bersih,” kata kenyataan itu.
MBPP memaklumkan tiga Notis Tawaran Kompaun (NTK) turut dikeluarkan berikutan dua daripadanya gagal mengemukakan bukti suntikan anti-tifoid manakala satu lagi notis atas kesalahan meletakkan makanan mentah kurang 20 sentimeter dari paras lantai.
Iklan
Mengikut MBPP, semua pengusaha dan pekerja yang menguruskan premis perniagaan runcit dan makanan berkenaan turut diberi penerangan mengenai piawaian kebersihan dan garis panduan ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu bagi memastikan keterjaminan kebersihan berada di tahap yang baik. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>